Wednesday, 17 December 2025

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGENALAN

Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan integriti di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang di samping melatih mereka menggunakan masa lapang yang optimum serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.

MATLAMAT

1. Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, Rohani, emosi dan jasmani.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk murid mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam bidang yang diceburi.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negera.
2. Memberikan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, Kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan memimpin serta berdikari.
3. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelejar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.
4. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegitan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan kaum.
5. Membantu dalam mewujudkan Masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejateraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran Masyarakat dan negara.
6. Untuk membolehkan lebih ramai bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negera dalam gerak kerja kokurikulum.
7. Menjadikan pelajar-pelajar individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.
8. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.




MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025

 MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025


Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak Tahun 2025 pada hari Rabu pukul 2:30 petang di Dewan Sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh:
EN MIOR DARUL IKRAM BIN KAMARUN ZAMAN
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD MANJUNG.

Syabas dan Tahniah kepada semua penerima anugerah.
Terima kasih kepada seluruh warga SEDSKA terutama AJK Pelaksana yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.

VIDEO LIVE


#unitkokusedska
#skkdsk

MERENTAS DESA 2026

 MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2026 22 Januari 2026, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah, SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin. Kejohan...