Wednesday, 28 January 2026

MERENTAS DESA 2026

 MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2026















22 Januari 2026, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah, SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin. Kejohanan yang bermula jam 7.30 pagi tamat pada 9.00 pagi. Kejohanan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Acara penyampaian hadiah dijalankan sejurus selesai semua kategori. Antara kategori yang dipertandingkan:-


1. Lelaki Tahun 3
2. Perempuan Tahun 3
3. Lelaki Tahun 4
4. Perempuan Tahun 4
5. Lelaki Tahun 5
6. Perempuan Tahun 5
7. Lelaki Tahun 6.
8. Perempuan Tahun 6.
9. PPKI
10. Prasekolah

Peserta dilepaskan beperingkat-peringkat. Bermula dengan Perempuan Tahun 3 dan 4, Perempuan Tahun 5 dan 6, Lelaki Tahun 3 dan 4 dan Lelaki Tahun 5 dan 6. Manakala murid Prasekolah dan PPKI dilepaskan awal sekali. Laluan semua peserta ialah 4 Km, manakala PPKI dan Prasekolah 1.5 Km.



Wednesday, 17 December 2025

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGENALAN

Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan integriti di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang di samping melatih mereka menggunakan masa lapang yang optimum serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.

MATLAMAT

1. Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, Rohani, emosi dan jasmani.
2. Menyediakan ruang dan peluang untuk murid mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam bidang yang diceburi.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negera.
2. Memberikan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, Kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan memimpin serta berdikari.
3. Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar-pelejar melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.
4. Menyedarkan dan mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar melalui kegitan tertentu untuk mencapai matlamat perpaduan kaum.
5. Membantu dalam mewujudkan Masyarakat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejateraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran Masyarakat dan negara.
6. Untuk membolehkan lebih ramai bilangan peserta sekolah mewakili daerah, negeri dan negera dalam gerak kerja kokurikulum.
7. Menjadikan pelajar-pelajar individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas.
8. Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul.




MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025

 MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2025


Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak Tahun 2025 pada hari Rabu pukul 2:30 petang di Dewan Sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh:
EN MIOR DARUL IKRAM BIN KAMARUN ZAMAN
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PPD MANJUNG.

Syabas dan Tahniah kepada semua penerima anugerah.
Terima kasih kepada seluruh warga SEDSKA terutama AJK Pelaksana yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.

VIDEO LIVE


#unitkokusedska
#skkdsk

Monday, 17 November 2025

KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

 KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN (1M1S), SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN 2025





📌 KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN TAHUN 2025
Tarikh : 14 November 2025
Hari : Jumaat
Tempat : Padang SK KDSK
Sasaran : Semua murid Tahun 1 - Tahun 6 dan murid PPKI
Aktiviti :
1. Pertandingan Bola Sepak antara rumah sukan
2. Pertandingan Bola Baling antara rumah sukan
3. Mini Penalty Shoot Out
4. Netball Goal Shooter
5. Mini Bowling
6. Target Hockey
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Mazni bin Othman PK Kokurikulum, Cikgu Muhammad Amir Dhiyauddin bin Zulkepli Setiausaha Sukan dan semua guru SK KDSK atas pelaksanaan program yang 👍👍👍👏👏🥰🥰
#sedskasuccess
#AnakyangBaiklagiCerdik
#anakmanjungkuhebat
















Sunday, 16 November 2025

SEDSKA FUN RUN 2025

 SEDSKA FUN RUN 2025


Larian 5 kilometer SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA) Seri Manjung Perak di namakan SEDSKA FUN RUN 2025. Acara ini diadakan pada Sabtu 25 Oktober yang lalu. Acara bermula seawal 7.30 pagi dengan jarak larian 5 kilometer dan berakhir pada jam 9.45 pagi. Acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah serta pelbagai gerai jualan disediakan bagi memeriahkan acara. Turut juga diadakan acara seperti Petting Zoo, Gel Blaster, Giant Bubble dan Rumah Hantu. Acara berlangsung dengan lancar atas kerjasama semua pihak yang terlibat.


Syabas dan tahniah kepada semua yang bekerja keras bagi menjayakan program ini. Terima kasih yg tak terhingga kepada Tim. PPD Sektor Pembangunan Murid, En Mior Darul Ikram bin Kamarun Zaman, Pen PPD  Pembangunan Murid, En Mohd Isa bin Mohd Tahir, Pengarah Esplanade Bowl. En Muhammad Hanif bin Mohd Zain, Barisan Pentadbir SEDSKA, Penyelaras Program, Barisan AJK Program, semua guru, semua AKP dan staf sokongan, PIBG, Pasukan RELA, Pasukan Polis Tarfik IPD Manjung, PBSM Manjung, Kelab Basikal Manjung, KBS Manjung,  ibu bapa dan murid-murid SEDSKA yg memberikan kerjasama dan sokongan dalam program ini. 





















MERENTAS DESA 2026

 MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2026 22 Januari 2026, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah, SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin. Kejohan...